RIYADH – Seramai 890,883 jemaah dari luar negara telah tiba di Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji musim 1446 Hijrah setakat Jumaat, menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Direktorat Jeneral Pasport Arab Saudi memaklumkan bahawa daripada jumlah tersebut, seramai 846,415 jemaah memasuki negara itu melalui lapangan terbang antarabangsa, 41,646 melalui pintu sempadan darat, manakala 2,822 lagi tiba melalui laluan laut.