Tempoh reman bapa disyaki dera anak disambung lima hari lagi

Iklan
Sazalee

BALIK PULAU - Tempoh reman bapa kepada murid perempuan Tahun Enam yang didakwa didera disambung lima hari lagi hingga 29 Mei ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki berusia 47 tahun itu sebelum ini direman empat hari dan berakhir pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penyelia di sebuah kilang di Bayan Lepas itu ditahan reman empat hari bermula 24 Mei lalu.

"Sepatutnya tempoh reman berakhir hari ini namun kita berjaya mendapat perintah sambung reman lima hari lagi iaitu bermula esok hingga 29 Mei ini.

Iklan

"Sambung reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Jelas Sazalee, isteri kepada lelaki berkenaan yang ditahan sebelum ini masih di dalam tempoh reman.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sepasang suami isteri diberkas polis bagi membantu siasatan kes penderaan anak kedua mereka di sebuah rumah di Sungai Ara, di sini.

Polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada guru besar sekolah murid berusia 12 tahun berkenaan pada Selasa lalu.

Pasangan suami isteri berusia 47 dan 49 tahun itu kemudiannya direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, kata Sazalee, anak sulung kepada pasangan itu yang berusia 15 tahun didapati tidak didera selain tidak mengalami kecederaan.

"Abang kepada mangsa didapati tidak dipukul dan didera seperti yang dialami mangsa. Namun, siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.