Tawan Everest dalam 5 hari, empat bekas tentera Britain disiasat

Iklan
Seramai empat bekas anggota tentera unit khas Britain yang berjaya menawan puncak Gunung Everest dalam tempoh lima hari telah disiasat pihak berkuasa Nepal.

KATHMANDU - Seramai empat bekas anggota tentera unit khas Britain yang berjaya menawan puncak Gunung Everest dalam tempoh lima hari telah disiasat pihak berkuasa Nepal.

Siasatan itu dilancarkan selepas kumpulan terdiri daripada Mejar Garth Miller, Kolonel Alistair Scott Carns, Anthony James Stazicker dan Kevin Francis Godlington didakwa menggunakan gas xenon sebelum ketibaan mereka di Kathmandu.

Iklan
Iklan

Gas kontroversi itu dikatakan dapat mengurangkan kesan kekurangan oksigen dan masalah kesihatan ketika berada di altitud tinggi.

Pengarah Jabatan Pelancongan Nepal, Himal Gautam berkata, mereka tidak dimaklumkan tentang penggunaan gas itu kerana setiap pendaki diwajibkan mengisytiharkan peralatan, jenis ubat dan bahan digunakan ketika ekspedisi tersebut.

Iklan
Iklan

Secara tradisi, pendaki biasanya mengambil masa lebih sebulan untuk menakluk Everest. - Agensi