Dua maut terjatuh lubang sempit dalam kapal tongkang

Iklan
Dua lelaki maut selepas terjatuh ke dalam ruangan sempit di sebuah kapal tongkang yang berlabuh berhampiran Toyota Centre, Lorong Lanang 61, di Sibu pagi tadi. - Gambar hiasan

SIBU – Dua lelaki maut selepas terjatuh ke dalam ruangan sempit di sebuah kapal tongkang yang berlabuh berhampiran Toyota Centre, Lorong Lanang 61, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 9.21 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Central tiba dua minit kemudian.

Iklan
Iklan

Ting Tung Hu, 48, dan Tang Sing Kok, 55, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam lubang sempit berdiameter 0.305 meter dan sedalam 3.66 meter di dalam kapal tersebut.

"Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas penyelamatan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Sementara itu di Bintulu, seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbakar dalam kemalangan kendiri di Jalan Kidurong pagi ini.

PGO JBPM dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.55 pagi dan pasukan dari BBP Kidurong tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.

Iklan

Mugai Juming, 59, ditemukan rentung di bahagian tempat duduk pemandu selepas lori yang membawa muatan 30 tan kelapa sawit terbakar sepenuhnya.

"Operasi tamat pada pukul 11.45 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu. - Bernama