Bidoglio tinggalkan JDT

Iklan
Bidoglio sah akan meninggalkan JDT.

ERA Hector Bidoglio bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) berakhir secara rasmi apabila kelab itu mengumumkan perpisahan dengan pengendali berkenaan selepas mencipta pelbagai kejayaan membanggakan sejak 2022.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, JDT menzahirkan penghargaan kepada Bidoglio atas segala sumbangan dan dedikasinya sepanjang bersama Harimau Selatan.

Iklan
Iklan

"JDT mengucapkan terima kasih kepada Hector Bidoglio atas komitmen tidak berbelah bahagi serta khidmat cemerlang yang diberikan sejak menyertai keluarga JDT pada tahun 2022," kata kenyataan itu.

Bidoglio mula membimbing JDT pada pertengahan musim 2022 sebelum dilantik sebagai pengarah teknikal pada 2023 dan kembali menggalas tugas ketua jurulatih bagi musim 2024-25.

Iklan

Musim terakhirnya menyaksikan JDT meraih kejuaraan ‘quadruple’ dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua pertandingan domestik.

Secara keseluruhan, beliau berjaya membawa pulang tujuh trofi utama termasuk dua kejuaraan Liga Super, dua Piala FA, dua Piala Malaysia dan satu Piala Sumbangsih.

Iklan

Kelab turut memaklumkan bahawa pengganti Bidoglio akan diumumkan dalam masa terdekat sebagai langkah meneruskan legasi kejayaan JDT.

"Kami mendoakan kejayaan berterusan buat Hector dalam apa jua bidang yang diceburinya selepas ini,” katanya.