ISKANDAR PUTERI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba pada jam 10.15 pagi dengan disambut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.