ASEAN 2025: Aliran lalu lintas sekitar Jalan Tun Razak terkawal, lancar

Iklan
Tinjauan Sinar Harian mendapati masih terdapat banyak kenderaan melalui laluan sekitar Jalan Tun Razak namun, aliran trafik kekal terkawal dan tidak berlaku sebarang kesesakan.

KUALA LUMPUR - Keadaan lalu lintas sekitar Jalan Tun Razak setakat jam 7 pagi dilihat lancar meskipun beberapa lebuh raya utama ditutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN bermula Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian pada Jumaat mendapati masih terdapat banyak kenderaan melalui laluan sekitar Jalan Tun Razak, namun aliran trafik kekal terkawal dan tidak berlaku sebarang kesesakan.

Iklan
Iklan
Tinjauan Sinar Harian mendapati masih terdapat banyak kenderaan melalui laluan sekitar Jalan Tun Razak namun, aliran trafik kekal terkawal dan tidak berlaku sebarang kesesakan.

Selain itu, beberapa kenderaan pihak berkuasa dan anggota trafik yang dipercayai mengiringi pergerakan delegasi turut dilihat melalui laluan berkenaan menuju ke arah ibu kota.

Di samping itu, pegawai trafik turut berada di kawasan pejalan kaki sekitar Jalan Tun Razak yang dipercayai bagi mengawal aliran lalu lintas di kawasan tersebut.

Iklan
Tinjauan Sinar Harian mendapati masih terdapat banyak kenderaan melalui laluan sekitar Jalan Tun Razak namun, aliran trafik kekal terkawal dan tidak berlaku sebarang kesesakan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula Jumaat hingga 28 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik.

Jalan-jalan yang ditutup termasuk laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Istana Negara, laluan ke hotel penginapan serta beberapa lokasi utama yang lain.

Iklan

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, susulan itu orang ramai diingatkan supaya merancang perjalanan lebih awal sepanjang tempoh program tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di sekitar ibu negara.

Ujarnya, beberapa laluan akan ditutup secara berperingkat bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi yang hadir ke sidang berkenaan.

Beliau berkata, penutupan jalan akan dikawal rapi oleh anggota trafik yang ditempatkan di persimpangan utama serta sepanjang laluan yang terlibat termasuk lebuh raya utama di sekitar ibu negara.