Antara Rafizi, Nurul Izzah: Siapa panglima perang PKR baharu?
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian mengenai perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.
SHAH ALAM - Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor Bahru sudah membuka tirai pada Khamis.
Tumpuan rakyat seluruh negara masa kini sudah pasti terarah kepada kehangatan proses pemilihan jawatan peringkat Pusat terutama Timbalan Presiden.