Sarawak bakal jadi antara negeri terkaya di Malaysia
Iklan
Sarawak di bawah pentadbiran Abang Johari dilihat agresif dalam menjana pendapatan negeri.
PUTRAJAYA – Sarawak kini berada di landasan kukuh untuk menjadi negeri paling kaya di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang, termasuk susulan pengoperasian Petroleum Sarawak Berhad (Petros) yang secara rasmi mengambil alih peranan sebagai agregator gas tunggal di negeri itu berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Pakar Ekonomi daripada Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, kepimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sangat dinamik menjadi faktor utama kepada perkembangan pesat negeri itu, terutamanya dalam aspek pembangunan teknologi dan tenaga.