'Jangan jadi boneka politik, akar umbi PKR kena bangkit' – Dr Sathia
Iklan
Dr Sathia
SHAH ALAM - Calon Naib Presiden PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan menggesa akar umbi parti agar tidak lagi tunduk kepada budaya politik berasaskan kelompok, sebaliknya membuat pilihan berdasarkan keupayaan dan integriti calon.
Ketua PKR Cabang Hulu Selangor itu berkata, sudah tiba masanya ahli parti bangkit dan menolak kepimpinan yang hanya bergantung kepada ‘tali hayat’ individu tertentu.
Iklan
Iklan
"Jika kita terus bergantung kepada satu atau dua pasukan semata-mata, maka parti ini tidak ubah seperti OKU (orang kurang upaya) politik – lumpuh, tidak bermaya, dan hanya menunggu ihsan orang lain untuk bergerak,” tegasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Dr Sathia lagi, pemilihan kali ini adalah peluang terbaik untuk membawa perubahan sebenar dalam parti dengan memilih pemimpin yang berdikari dan memperjuangkan nasib rakyat tanpa menjadi boneka kepada mana-mana kelompok.
Iklan
"Pilihlah mereka yang tajam fikiran, ikhlas perjuangannya dan benar-benar membawa suara rakyat – bukan calon tempelan yang hanya mengikut telunjuk kumpulan,” katanya.
Dr Sathia turut mengingatkan bahawa parti besar seperti PKR tidak boleh terus bergantung kepada bayang-bayang segelintir individu, sebaliknya memerlukan barisan kepimpinan yang berani, berprinsip dan progresif.
Iklan
Sementara itu, Naib Ketua PKR Cabang Bandar Tun Razak, Jonathan Vela menyeru semua perwakilan agar memberikan sokongan padu kepada dua tokoh penting dalam parti iaitu Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri R Ramanan dalam pemilihan parti kali ini.
Beliau menyifatkan Nurul Izzah sebagai simbol reformasi yang konsisten memperjuangkan demokrasi, keadilan sosial dan pembaharuan institusi.
"Pengalaman dan integriti beliau adalah aset utama dalam mengembalikan keyakinan rakyat serta memperkukuh mandat reformasi," ujar Jonathan.
Dalam masa sama, beliau turut menyanjung sumbangan Datuk Seri Ramanan sebagai pemimpin yang memperjuangkan kebajikan dan mobiliti sosioekonomi masyarakat India dalam parti dan di peringkat nasional.
"Representasi kaum bukan sekadar simbolik – ia harus hadir bersama suara yang berpengaruh serta komitmen untuk berkhidmat. Datuk Seri Ramanan telah membuktikan keupayaan itu,” katanya.
Tambah Vela, Gabungan Nurul Izzah dan Ramanan mencerminkan keseimbangan antara idealisme dan keberkesanan, reformasi dan representasi yang amat diperlukan ketika parti berdepan cabaran politik semasa.
"Kami menyeru semua ahli, penyokong dan rakyat Malaysia yang percaya kepada perjuangan PKR untuk mendokong kepimpinan ini demi masa depan yang lebih utuh dan bersatu,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.