Perdana Menteri China hadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Malaysia

Iklan
Li Qiang. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri China, Li Qiang akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan.

Lawatan itu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini mempengerusikan ASEAN bagi tahun 2025.

Iklan
Iklan

Menurut Kementerian Luar China, Li Qiang akan berada di Malaysia dari 26 hingga 28 Mei.

Sidang Kemuncak tiga hala itu dijadual berlangsung pada 27 Mei, sehari selepas Sidang Kemuncak ASEAN bermula.

Iklan

Malaysia menjadi tuan rumah kedua-dua mesyuarat yang bertujuan memperkukuh kerjasama antara ASEAN, GCC dan China dalam sektor utama.

"Negara-negara ASEAN dan GCC merupakan anggota penting dalam kalangan ekonomi pasaran sedang pesat membangun di Asia dan Selatan Global," kata jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning di Beijing, menurut laporan Anadolu Ajansi (AA).

Iklan

Beliau berkata, sidang kemuncak itu juga akan menggalakkan pembangunan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China.

Sebelum tiba di Kuala Lumpur, Li akan mengadakan lawatan negara ke Indonesia dari 24 hingga 26 Mei atas jemputan Presiden Prabowo Subianto, menurut kenyataan kementerian itu di laman sesawangnya. - Bernama