Kedah, Perak FC sah ucap selamat tinggal kepada Liga Super

Iklan
Kedah sah tidak beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

KEDAH Darul Aman FC dan Perak FC sah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan selepas gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, kegagalan itu selepas kedua-dua kelab tersebut tidak memenuhi kriteria kewangan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-2025 (MFL CLR).

Iklan
Iklan

Beliau turut mengesahkan tiga pasukan iaitu Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC, dan PDRM FC diberikan Lesen Kebangsaan dengan ‘sanction’.

"Kegagalan mematuhi ketetapan itu dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh menyebabkan lesen kebangsaan mereka ditarik balik oleh FIB," katanya.

Iklan

Kelab yang memohon lesen perlu memenuhi enam kriteria utama termasuk aspek sukan, infrastruktur, personel dan pentadbiran, perundangan, kewangan dan perniagaan.

Antara kelab Liga Super yang memperoleh lesen termasuk Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC.

Iklan

Dalam pada itu, dua kelab dari Liga A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC juga menerima Lesen Kebangsaan melalui permohonan luar biasa mengikut Artikel 15 MFL CLR.