Tiga individu sesak nafas, unit kondominium terbakar

Iklan
Keadaan sebuah unit kondominium di Bukit Rahman Putra yang terbakar pada Khamis.

SUNGAI BULOH - Tiga individu dilaporkan mengalami sesak nafas dalam kebakaran sebuah unit kondominium di Bukit Rahman Putra di sini, pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 6.36 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh digegaskan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 3.7 kilometer dari balai.

Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah unit kondominium di Bukit Rahman Putra pada Khamis.

Iklan

"Jentera bomba tiba di tempat kejadian pada jam 6.46 pagi sebelum kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Wan Md Razali berkata, kebakaran itu melibatkan sebuah unit kondominium di tingkat 16.

Iklan

"Unit kondominium itu terbakar sebanyak 80 peratus. Tiga mangsa berjaya keluar sebelum ketibaan pasukan bomba, namun mengalami sesak nafas akibat terhidu asap. Punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.