Kongres Nasional PKR 2024/2025 bermula hari ini
Iklan
Kongres Nasional PKR 2024/2025 bermula hari ini dengan perasmian serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita. Foto hiasan
JOHOR BAHRU – Kongres Nasional PKR 2024/2025 bermula hari ini dengan perasmian serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita oleh Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.
Perasmian kongres akan berlangsung pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Waterfront di sini, dengan dihadiri Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim; Ketua Wanita, Fadhlina Sidek; serta para perwakilan kedua-dua sayap.
Iklan
Iklan
Kedua-dua sayap parti akan memulakan kongres masing-masing esok, dengan ucapan dasar oleh Adam Adli dan Fadhlina.
Ia akan diikuti dengan sesi perbahasan ucapan dasar ketua sayap sebelum sesi penggulungan oleh setiausaha, naib ketua, timbalan ketua dan ketua sayap masing-masing.
Iklan
Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat akan diadakan pada Jumaat, merangkumi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK dan Majlis Pimpinan Wanita, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.
Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan menyampaikan ucapan dasar sekali gus merasmikan Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada sebelah malam, hari sama.
Iklan
Fuziah sebelum ini berkata, hampir 10,000 perwakilan dijangka hadir pada Kongres Nasional PKR 2024/2025 dan mengundi secara fizikal bagi Pemilihan Pusat, manakala 20,000 perwakilan lagi akan mengundi secara dalam talian. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'PH perlu tanya diri sendiri kenapa gagal dapat undi Melayu' - Khairy Jamaluddin"><meta itemprop="description" content="Pakatan Harapan (PH) sepatutnya bertanya kepada diri sendiri mengapa gabungan itu gagal meraih sokongan pengundi Melayu, bukannya menyalahkan parti lain.
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebelum ini beliau pernah menyatakan gabungan terbabit gagal mengurus sensitiviti orang Melayu dengan baik, namun telah menimbulkan rasa kurang senang mereka
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789188/berita/politik/ph-perlu-tanya-diri-sendiri-kenapa-gagal-dapat-undi-melayu---khairy-jamaluddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNS #KJ #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-24T05:22:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cp_Mc1gOlRFMlSVYG/x1080"><meta itemprop="duration" content="P94S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaroome"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaroome"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaroome"></script>