Subsidi bersasar RON95 dijangka tangguh - Pakar
Iklan
Gambar kecil: Barjoyai
SHAH ALAM - Cadangan kerajaan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 pertengahan tahun ini kemungkinan ditangguhkan sehingga kontroversi rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China selesai sepenuhnya nanti.
Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, adalah mustahil untuk pelaksanaan subsidi bersasar itu dibuat dalam tempoh terdekat ini.