Anggap penagih pesakit, bukan penjenayah
Iklan
Terdapat 192,857 penyalahgunaan dan penagih dadah di Malaysia pada 2024. Gambar kecil dari kiri: Raja Azizan, Lam Thye
SHAH ALAM - Kerajaan disaran mengubah pendekatan dalam menangani isu penagihan dadah terutama dalam kalangan belia, dengan menganggap mereka sebagai pesakit dan bukan penjenayah.
Langkah itu termasuk menghapuskan stigma masyarakat yang menyebabkan golongan berkenaan takut untuk mendapatkan bantuan.