4 maut, 40 cedera dalam letupan libatkan bas sekolah di Pakistan

Iklan
Sekurang-kurangnya empat pelajar maut manakala lebih 40 yang lain cedera apabila sebutir bom meletup berhampiran sebuah bas sekolah di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Rabu - Foto: AFP

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya empat pelajar maut manakala lebih 40 yang lain cedera apabila sebutir bom meletup berhampiran sebuah bas sekolah di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Rabu, menurut polis dan pegawai kerajaan.

Pegawai kanan kerajaan daerah Khudzar, Yasir Iqbal Dashti berkata, letupan berlaku ketika sebuah bas sekolah yang membawa kanak-kanak dan kakitangan melalui sebuah kenderaan sarat bahan letupan yang diletakkan di tepi jalan berhampiran kawasan"zero point” di daerah Khuzdar.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, beberapa mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal, sambil menambah bahawa keadaan darurat telah diisytiharkan dan semua kakitangan perubatan di hospital sekitar daerah telah dipanggil bertugas.

Saksi kejadian memberitahu Xinhua bahawa bas itu musnah sepenuhnya akibat letupan kuat berkenaan.

Iklan

Susulan kejadian, polis mengepung kawasan itu dan melancarkan operasi bagi mengesan suspek.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan jenis bahan letupan yang digunakan, menurut polis.

Iklan

Setakat ini, belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. - Bernama