Koleksi Batik

Iklan

Pengasas Bizara Educare Centre yang juga pencinta batik Wan Zakaria Wan Abu Bakar, 43, menunjukkan koleksi baju batik peribadinya ketika ditemui pemberita di Kampung Panji, Kota Bharu, baru-baru ini.

Dalam usaha mengekalkan warisan budaya melalui fesyen, Wan Zakaria kini memiliki hampir 1,000 koleksi baju batik sebagai lambang identiti untuk mengagungkan keunikan seni halus tersebut.

Iklan
Iklan

Setiap helai batik yang dimilikinya menampilkan rekaan tersendiri menggabungkan corak tradisional dengan gaya moden agar sesuai dipakai dalam pelbagai suasana dari santai ke formal. Foto Bernama