Bagaimana MyKad hilang?
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai hampir 150,000 kes hilang MyKad melibatkan golongan remaja.
AWANG tertarik dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan bahawa hampir separuh MyKad yang dilaporkan hilang sepanjang tahun lepas babitkan golongan remaja.
Kata Hannah Yeoh, daripada 285,568 kes kehilangan MyKad, sebanyak 142,535 babitkan mereka di antara 15 hingga 30 tahun. Selangor mencatatkan kes tertinggi dalam kalangan belia, 23,000 kes.