Guna idea kreatif elak kios jadi 'gajah putih'
Iklan
Keadaan tapak MyKiosk KPKT yang terpaksa menggunakan elektrik dari rumah kedai berhampiran supaya ada pencahayaan untuk memeriahkan lokasi berkenaan pada waktu malam. Gambar kecil: Muhamad Nasiruddin (kiri), Rosdiana
ISKANDAR PUTERI - Pendekatan kreatif menjadi kunci utama kepada kelangsungan perniagaan peniaga kecil di MyKiosk Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), khususnya dalam menghadapi cabaran kuasa beli pelanggan yang masih perlahan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Peniaga, Muhamad Nasiruddin Zainudin, 27, tampil dengan idea menjual char kuetiau menggunakan udang hidup sebagai tarikan utama untuk menarik pelanggan ke kiosnya di Dataran Niaga, Taman Mutiara Rini di sini.