Tak perlu lagi pasang khemah
Iklan
Hairil ketika ditemui di Kiosk Madani Jalan Stadium, Alor Setar.
ALOR SETAR - Projek gerai MyKiosk di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberikan sinar kepada penjaja yang berniaga di merata jalan dan simpang sebelum ini kerana ia ditempatkan di kawasan yang strategik.
Peniaga, Hairil Aswad, 37, berkata, sebanyak 20 gerai MyKiosk ditempatkan bersebelahan Stadium Darul Aman di sini, yang kini semakin mendapat perhatian orang ramai.