NEW YORK - Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) menggesa pihak berkuasa pendudukan Israel menamatkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza yang semakin diperketat sejak 2 Mac lepas, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
UNRWA menegaskan bahawa"keterdesakan telah mencapai tahap kemuncak" di wilayah itu di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang amat kritikal.