Agong kurnia surat cara pelantikan kepada tiga hakim

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan bergambar kenangan pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan di Istana Negara pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada tiga hakim di Istana Negara di sini pada Selasa.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Lee Swee Seng.

Iklan
Iklan

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada dua Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Dr Lim Hock Leng.

Antara yang turut hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Iklan

Turut hadir, Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Zamri Bakar serta Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Salinah Ismail.

Swee Seng sebelum ini adalah Hakim Mahkamah Rayuan, manakala Hayatul Akmal dan Lim masing-masing Hakim Mahkamah Tinggi sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Iklan

Selesai pengurniaan surat cara pelantikan, Seri Paduka Baginda bergambar bersama hakim-hakim yang baharu dilantik. - Bernama