HIRUK atau DAMAI, mana satu jadi pilihan?
Iklan
Nurul Izzah Anwar selaku Naib Presiden PKR menyasarkan jawatan Timbalan Presiden kali ini sekali gus mencabar penyandangnya Datuk Seri Rafizi Ramli, figura yang tajam dengan pendekatan politik berani.
SHAH ALAM - Pertembungan satu lawan satu bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan (PKR) dalam pemilihan pusat sesi 2025-2028 bukan sekadar pertandingan biasa, sebaliknya menzahirkan pertarungan idealisme, hala tuju dan kepimpinan masa depan parti.