'Murah tapi keselamatan terabai'
Iklan
Rata-rata pengguna yang pernah menggunakan aplikasi itu setuju dengan langkah kerajaan menghentikan operasi dua aplikasi e-hailing. Gambar hiasan
LAPORAN KHAS
KOTA KINABALU - Keputusan kerajaan menghentikan operasi dua aplikasi e-hailing selepas didakwa beroperasi secara haram melegakan kebanyakan penduduk di negeri ini yang pernah mengalami pelbagai pengalaman buruk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Luahan tersebut dikongsikan oleh orang ramai di media sosial susulan pengumuman kerajaan pada 9 Mei lalu, apabila rata-rata mereka yang pernah menggunakan aplikasi itu setuju dengan langkah berkenaan.