Pilih Rafizi atau Nurul Izzah?
Iklan
Rafizi dan Nurul Izzah
RAFIZI Ramli — Menteri Ekonomi dikenali tokoh besar dalam politik Malaysia. Hebatnya dalam pidato, menjadikan banyak musuh politiknya tumbang. Antara yang besar ialah asakan bertubi-tubi dalam kes National Feedlot Corporation (NFC) hingga menyebabkan kedudukan Barisan Nasional (BN) tergugat.
Kemudian yang agak baru sekitar dua tahun lalu, beliau berdebat pula dengan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman daripada Pas. Debatnya itu menjadi satu program yang ditunggu-tunggu. Beliau memang pemidato.