KOTA KINABALU - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes cabul dan liwat melibatkan seorang ketua warden di sebuah pusat pendidikan di Sandakan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden K Ramasamy berkata, siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan apabila siasatan telah lengkap.
Iklan
Iklan
"Kes masih dalam siasatan dan akan dikemas kini apabila selesai,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Instagram milik penyanyi rap Caprice, beliau memuat naik tangkap layar perbualan seorang pengadu yang mendakwa berlaku kejadian cabul dan liwat membabitkan ketua warden terbabit.
Pengadu yang enggan dikenali itu mendakwa suspek telah melarikan diri, namun terdapat video yang berjaya diperoleh mangsa sebagai bukti perbuatan jijik tersebut.
Pengadu turut memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.