[VIDEO] Nahas FRU: Pemandu lori direman esok kes curi lembu

Iklan

BAGAN DATUK – Pemandu lori muatan batu kerikil yang didakwa menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Selasa bagi permohonan reman untuk membantu siasatan bersabit kes curi lembu.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.20 tengah hari di pekarangan Mahkamah Teluk Intan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk.

Menurut beliau, tangkapan itu dibuat susulan laporan yang diterima pada 14 April lalu daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan kehilangan dua ekor lembu di Kampung Sungai Keli, Hutan Melintang.

Iklan
Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan pemandu lori batu ditahan semula kes curi lembu.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Jumaat, Rudi Zulkarnain Mat Radi selaku pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas sembilan pertuduhan menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu.

Iklan

Hakim Norhamizah Shaiffudin membenarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan.

Dalam kes ini, lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan mahkamah selepas majikan dan rakannya membayar wang jaminan tersebut pada Isnin, sebelum ditahan semula berkaitan kes terbaru ini.

Iklan