Kelantan perlu realistik, tidak ikut rentak pasukan lain - Annuar Musa

Iklan
Annuar (kiri) percaya skuad Kelantan perlu dirombak secara menyeluruh.

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar jurulatih tempatan yang berpengalaman bersama pasukan kebangsaan dipertimbangkan bagi menerajui skuad Kelantan bagi musim hadapan.

Menurutnya, pemilihan jurulatih perlu mengambil kira realiti semasa pasukan serta keperluan untuk melakukan penstrukturan semula secara menyeluruh.

Iklan
Iklan

"Ada yang minta pandangan saya siapa jurulatih Kelantan. Pada saya buat masa ini Kelantan perlu realistik dan jangan terikut ikut rentak pasukan lain.

"Ini kerana Kelantan perlu rombak pasukan secara menyeluruh... 'back to drawing board'. Bina semula.

Iklan

"Justeru carilah jurulatih tempatan. Biarlah yang ada pengalaman dengan pasukan kebangsaan dan memahami liga tempatan," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya.

Beliau berkata, jurulatih yang mahu membimbing Kelantan juga perlu sanggup berkorban dan sedia menerima skim gaji yang sederhana.

Iklan

"Jurulatih yang bijak menyusun satu pasukan baharu, dengan bajet yang sederhana sahaja. Ada ramai di luar sana yang ada kelayakan sedemikian.

"Jurulatih mesti segera dilantik. Sebolehnya minggu ini juga, supaya beliau mempunyai masa yang cukup membentuk pasukan. Apa pun pasukan itu mesti berkaliber tinggi dan membawa imej 'The Real Warriors'," katanya.