Battle Bomb di The Curve beri pengalaman imersif kepada pengunjung

Iklan
Pada minggu pertama pembukan Bom Battle bermula dari 19 hingga 25 Mei orang ramai boleh menikmati permainan secara percuma.

BOMB Battle Sdn Bhd (Bomb Battle) secara rasmi telah membuka cawangan terbaharunya di the Curve, Mutiara Damansara bagi memberi pengalaman imersif kepada pengunjung.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Sheehan Tee berkata, dengan melakukan aktiviti di Bomb Battle orang ramai bukan sekadar mencipta kenangan, tetapi juga memberi peluang untuk berinteraksi secara interaktif bersama orang tersayang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembukaan cawangan ketiga itu selepas Berjaya Times Square dan Atria Shopping Gallery menunjukkan misinya untuk mewujudkan ruang yang menggalakkan hubungan lebih erat dan masa berkualiti bersama insan tersayang berjaya dilaksanakan.

"Bagi kami di Bomb Battle pada asasnya, kami dipacu oleh inovasi.

Iklan

"Kami bukan sekadar membangunkan permainan dan aktiviti, kami mencipta dunia pengalaman imersif sepenuhnya," katanya dalam Majlis Pelancaran Bomb Battle di The Curve baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia(MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sheena (kanan) menerangkan teknologi dan inovasi yang digunakan dalam The Bomb Battle di The Curve kepada Khairul Firdaus (kiri) dan Mas Ermieyati (dua dari kiri).

Iklan

Dalam pada itu, menurut Sheehan, mereka akan memberikan pas sepanjang hayat kepada semua anggota perkhidmatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta ahli keluarga terdekat.

Tambahnya, perkara tersebut dibuat bagi menghargai pengorbanan mereka dalam memastikan keselamatan negara terus terpelihara.

"Di sinilah Bomb Battle memainkan peranan sebagai destinasi mesra keluarga yang menyediakan ruang untuk mereka berehat dan mencipta kenangan istimewa bersama orang tersayang,” ujarnya.

Sementara itu, Khairul Firdaus berkata, pelancaran cawangan baharu Bomb Battle itu akan menambah lebih banyak senarai tarikan pelancongan di Malaysia.

"Pelancaran cawangan baharu Bomb Battle pastinya akan menambah satu lagi lapisan kepada senarai tarikan di Malaysia, membawa pengalaman yang berbeza dan unik yang tidak terdapat di tempat lain,” ujarnya.