[VIDEO] ‘Sepatutnya kami ke Tanah Suci bertiga, tapi...’

Iklan

MAKKAH –"Sepatutnya kami bertiga ke Tanah Suci tetapi ayah ‘pergi’ dulu. Apa pun saya bersyukur impian mak nak ke Tanah Suci tercapai tahun ini.”

Demikian kata Mohd Rodzi Che Noh, 38, anak bongsu daripada tujuh beradik yang kini berada di Makkah menemani ibunya, Sofiah Talib, 76, menunaikan ibadah haji.

Iklan
Iklan

Mohd Rodzi yang juga Pembantu Tadbir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar berkata, perancangan asal adalah untuk ke Tanah Suci bersama kedua-dua ibu bapanya.

Menurut Mohd Rodzi, ibunya memang teringin untuk ke Makkah tunaikan haji sejak beberapa tahun lalu.

"Saya daftar haji pada tahun 2012. Saya ada buat simpanan dan ayah pun ada beri duit untuk simpan di Tabung Haji. Kami cadang nak ke Tanah Suci bertiga tetapi ayah, Allahyarham Che Noh Hamid sakit ketika dapat tawaran tunaikan haji sebelum meninggal dunia pada tahun 2022.

Iklan

"Tahun lepas, mak tak dapat tawaran, bapa saudara dapat. Saya percaya semua ini aturan ALLAH. Ada hikmahnya mak dapat tahun ini, rayuan saya untuk jadi pengiring dia diterima,” katanya ketika ditemui pemberita di Abraj Al Janadriyah di sini.

Mohd Rodzi membetulkan tudung ibunya ketika ditemui pemberita Abraj Al Janadriyah di sini.

Menurut Mohd Rodzi, ibunya memang teringin untuk ke Makkah tunaikan haji sejak beberapa tahun lalu.

Iklan

"Impian itu dah lama. Mak jaga kita dari kecil sampai besar. Ini masa untuk kita balas jasa dia. Saya harap dia dapat sempurnakan semua rukun haji dengan baik. Saya akan bantu sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Mohd Rodzi, ibunya memang teringin untuk ke Makkah tunaikan haji sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Sofiah ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan terharu akhirnya dapat menjejakkan kaki ke bumi Makkah bersama anak bongsunya.

"Dulu kalau ada duit lebih setiap bulan, saya simpan dalam Tabung Haji. Simpan sikit-sikit, lama-lama cukup untuk tunaikan haji.

"Sekarang dapat duduk hotel penginapan yang selesa, rasa macam rumah sendiri. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” ujarnya.