Hala tuju sektor perlombongan
Iklan
Permintaan global yang meningkat membuka ruang besar untuk Malaysia memposisikan dirinya sebagai pembekal utama rantai bekalan REE serantau. Gambar hiasan
SEKTOR perlombongan di Malaysia sering kali dikaitkan dengan minyak dan gas, dua komoditi utama yang menjadi tulang belakang kepada hasil negara. Berdasarkan statistik yang terkini, sumbangan sektor minyak dan gas asli masing-masing berada di paras 34.9 peratus dan 55.1 peratus daripada jumlah pengeluaran sektor perlombongan pada suku pertama 2025.
Namun, statistik terkini menunjukkan pengeluaran minyak mentah semakin berkurangan. Pada suku pertama, jumlah output minyak dan kondensat turun sebanyak 4.6 peratus dan ia merupakan penguncupan tiga sukuan yang berturut-turut. Manakala output gas asli pula merosot 2.2 peratus pada suku pertama 2025.