Toyota Hilux, Fortuner kerap dicuri untuk diseludup
Iklan
Toyota Hilux (kiri) dan Proton Wira antara yang tersenarai sebagai kenderaan paling kerap dicuri sepanjang 2024 berdasarkan dapatan Majlis Pengurangan Kecurian dan Kemalangan Kenderaan Malaysia (VTAREC) baru-baru ini. - Gambar hiasan, gambar kecil: Hezeri
SHAH ALAM - Pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Fortuner menjadi kenderaan import paling tinggi dicuri di Malaysia sepanjang 2024 berkemungkinan besar untuk diseludup ke luar negara.
Pakar automotif Hezeri Samsuri berkata, ini kerana jenama berkenaan terkenal di peringkat global selain wujud permintaan atau peluang untuk menjual semula ke negara ketiga seperti Afghanistan.