Cabaran kerap tukar guru
Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru. Hasnah (kanan).
SHAH ALAM - Cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan sistem pertukaran guru setiap dua tahun dilihat sukar untuk direalisasikan.
Pengerusi Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hasnah Toran berkata, jika setiap dua tahun guru bertukar, murid-murid akan menghadapi ketidakstabilan dalam proses pembelajaran kerana perlu menyesuaikan diri dengan guru baharu secara berterusan.