Strategi atau tindakan terdesak Rafizi?
Iklan
‘Fokus sentuhan rakyat bukan debat’- Nurul Izzah
SHAH ALAM - Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli melancarkan siri kritikan terbuka terhadap pemimpin dalam dan luar Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi siri jelajah Yang Bakar Menteri: Yang Berhenti Menteri? menimbulkan pelbagai persoalan tentang niat dan kesannya terhadap parti serta kedudukan beliau sendiri menjelang pemilihan pada 24 Mei ini.
Langkah itu menimbulkan spekulasi sama ada Rafizi sedang menyusun strategi jangka panjang atau sekadar bertindak defensif dalam usaha mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR.