GAZA - Sekurang-kurangnya 67 penduduk Palestin maut dan 361 lagi cedera di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan genosid Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan angka korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 53,339 orang, manakala 121,043 lagi cedera.