‘Kenapa Rafizi tak ketengahkan calon cabar Kamil?’ - Ketua AMK Selangor

Iklan
Muhammad Izuan

SHAH ALAM - Kenyataan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli yang mengaitkan pemilihan Muhammad Kamil Abdul Munim sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) baharu atas faktor usia 35 tahun disifatkan sebagai janggal dan dipersoalkan oleh kepimpinan AMK Selangor.

Ketua AMK Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, Rafizi sepatutnya mencalonkan individu daripada pasukannya untuk mencabar jawatan tersebut dalam pemilihan parti bagi penggal ini.

Iklan
Iklan

"Meneliti ucapan Rafizi yang meletakkan punca pemilihan ini berlaku adalah kerana Muhammad Kamil perlu diletakkan sebagai Ketua AMK.

"Tetapi soalan pokok yang gagal dijawab, kenapa tiada mana-mana bakat daripada pasukan Rafizi tidak diketengahkan untuk mencabar kedudukan tersebut?

Iklan

"Tambahan pula, hanya kerana seorang anak muda yang berumur 35 tahun boleh memaksa parti untuk melakukan pemilihan pastinya dilihat sangat janggal,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi itu dilapor mendakwa pemilihan bagi memberi laluan kepada Muhammad Kamil untuk memegang jawatan Ketua AMK bagi sesi 2025 hingga 2028 itu merupakan peluang terakhir berikutan usianya sudah mencecah 35 tahun.

Iklan

Menurut Rafizi dalam ceramahnya pada jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di Kota Bharu, Kelantan, Muhammad Kamil tidak lagi berpeluang untuk merebut jawatan tersebut berikutan usia sudah melebihi had untuk pemilihan bagi penggal akan datang.

Mengulas lanjut, Muhammad Izuan yang juga calon Timbalan Ketua AMK, semua calon pimpinan tidak seharusnya mengheret AMK dalam pertarungan bagi kedudukan masing-masing, khususnya jawatan Timbalan Presiden.

"Pemilihan ini adalah medan menawarkan kepimpinan bukan medan perpecahan dan jangan lupa tujuan utama pemilihan ini untuk menggerakkan kembali cabang-cabang supaya kembali aktif bagi bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

"Pemilihan adik beradik ini bukan hanya sekadar kata-kata tetapi perlu diterjemahkan di dalam sikap dan perbuatan.

"Saya menyeru kepada semua calon pimpinan agar tidak mengheret AMK dalam kancah pertarungan bagi merebut posisi Timbalan Presiden dan terus fokus sampaikan misi visi kepada perwakilan yang akan mengundi di kongres pada penghujung Mei nanti,” ujarnya.