Bertanding 40 kerusi, isyarat GRS mahu dominasi - Penganalisis
Iklan
BN, PH sepakat kerjasama hadapi PRN Sabah. Gambar hiasan (Gambar kecil: Noor Nirwandy)
SHAH ALAM - Bayangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk bertanding sekurang-kurangnya 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah isyarat koalisi tersebut mahu mendominasi dalam sebarang bentuk kerjasama politik yang mahu dipertimbangkan.
Penganalisis Politik dari Universiti Teknologi Mara, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, strategi tawar-menawar yang dibuat juga bersifat normal dan GRS dilihat bertindak bijak agar ia difahami rakan-rakan sekutu dan gabungan politik mereka.