Fokus strategi elak kemalangan lori
Iklan
Kemalangan maut melibatkan kenderaan berat seperti lori adalah satu isu keselamatan jalan raya yang membimbangkan di banyak negara termasuk Malaysia. Gambar hiasan
MENURUT laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2023, kemalangan jalan raya menyebabkan kira-kira 1.19 juta kematian setiap tahun dengan negara berpendapatan rendah dan sederhana menyumbang 92 peratus daripada jumlah itu.
Natijahnya, kemalangan maut melibatkan kenderaan berat seperti lori adalah satu isu keselamatan jalan raya yang membimbangkan di banyak negara termasuk Malaysia.