Rundingan Rusia-Ukraine: Hanya pertemuan singkat

Iklan
Rundingan itu dikatakan gagal mencapai objektif untuk mencapai perdamaian kerana tidak disertai Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy. - Foto Agensi

ISTANBUL – Rundingan damai antara Rusia dan Ukraine yang pertama kali diadakan dalam tempoh lebih tiga tahun di Istanbul pada Jumaat hanya berlangsung dalam tempoh kurang dua jam tanpa kemajuan memberangsangkan.

Susulan tiada kesepakatan utuh dicapai, Kiev terpaksa meminta campur tangan sekutu Barat mereka untuk memberi tekanan kepada Moscow.

Iklan
Iklan

Ukraine menggesa Barat supaya mengenakan sekatan lebih ketat jika seteru mereka enggan menerima gencatan senjata selama 30 hari yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum ini.

Delegasi kedua-dua belah pihak bertelagah itu juga tidak mengesahkan sama ada rundingan susulan bakal diadakan selepas pertemuan pertama tersebut.

Iklan

Rusia bagaimanapun menzahirkan rasa puas hati dengan dialog singkat tersebut setelah mereka bersetuju melaksanakan perjanjian pertukaran kira-kira 1,000 tahanan.

Moscow menjelaskan ia sebenarnya mahu menamatkan peperangan di Kiev secara berhemah dan sedia untuk berbincang tentang pelaksanaan gencatan senjata.

Iklan

Tetapi, ia menyuarakan kebimbangan jika Ukraine mungkin mengambil peluang untuk mengerahkan pasukan tentera tambahan dan mendapatkan bantuan bekalan senjata dari Barat ketika tempoh bertenang tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen memaklumkan blok itu sedang usahakan pakej sekatan baharu untuk memberi tekanan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin kerana beliau dilihat tidak serius mahukan perdamaian bersama Ukraine.

"Antara yang jadi sasaran termasuk harga siling minyak dan sektor kewangan Moscow," ujarnya. - Agensi