Tun M ceria beriadah tunggang basikal

Iklan
Dr Mahathir berbasikal mengelilingi tasik Putrajaya semalam. - Foto: FB TUN MAHATHIR

PUTRAJAYA – Krisis politik melanda negara kini tidak menghalang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil masa untuk melakukan riadah.

Menerusi hantaran di Facebooknya semalam, Dr Mahathir berkongsi beberapa foto beliau berbasikal bersama sekumpulan individu mengelilingi tasik Putrajaya.

Iklan
Iklan

Dalam gambar itu Dr Mahathir kelihatan tersenyum dan ceria kerana dapat meluangkan masa beriadah.

"Saya berbasikal di keliling tasik Putrajaya pagi tadi (semalam). Badan yang cergas dan stamina yang kuat amat penting dalam melaksanakan aktiviti atau pekerjaan yang kita mahu lakukan,” tulis beliau menerusi hantaran berkenaan.

Iklan
Iklan

Selepas berbasikal, beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri Majlis Kenduri Rakyat di Kedah.