Izzah, Rafizi dari perspektif orang Cina
Iklan
Pemilihan PKR bakal menyaksikan pertarungan dua tokoh besar untuk jawatan Timbalan Presiden antara Nurul Izzah, Puteri Reformasi dan anak kepada Presiden parti melawan 'Raja Formula' Datuk Seri Rafizi Ramli.
PEMILIHAN PKR bakal menyaksikan pertarungan dua tokoh besar untuk jawatan Timbalan Presiden: Nurul Izzah, Puteri Reformasi dan anak kepada Presiden parti melawan 'Raja Formula' Datuk Seri Rafizi Ramli.
Dahulu, ketika PKR masih berada di barisan pembangkang, siapa pun yang menang dalam pemilihan parti sebegini, tidak akan banyak memberi kesan kepada golongan yang bukan ahli PKR – kerana kewujudan parti tersebut hanya membawa satu misi yang jelas, iaitu untuk tumbangkan Barisan Nasional.