Trend, impak deretan pilihan raya
Iklan
Setakat 4 petang, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 54 peratus. - Gambar hiasan.
MELIHAT beberapa pilihan raya kebelakangan ini amat mengujakan, sambil memerhati trend dan impak yang mungkin berkaitan dengan kita di Malaysia.
Pilihan raya persekutuan Kanada pada 28 April 2025 bakal menjadi contoh sempurna tentang bagaimana menjalankan kempen dengan betul. Sejak pertengahan tahun 2022, parti pembangkang, iaitu Parti Konservatif dan ketuanya, Pierre Poilievre mendahului dalam tinjauan pendapat, dengan tumpuan kepada isu ekonomi.