MBDK sita premis perniagaan warga asing
Iklan
MBDK menumpukan pemeriksaan terhadap premis dan halangan di kaki lima yang sering menjadi rungutan awam.
KLANG – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) meneruskan komitmennya dalam memastikan pematuhan undang-undang dengan melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Perniagaan Warga Asing di sekitar Jalan Pos Baru, di sini.
Operasi yang diketuai oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan MBDK itu menumpukan pemeriksaan terhadap premis dan halangan di kaki lima yang sering menjadi rungutan awam.
Iklan
Iklan
MBDK meneruskan komitmen dalam memastikan pematuhan undang-undang dengan melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Perniagaan Warga Asing di sekitar Jalan Pos.
Iklan
Hasil pemeriksaan mendapati tiga premis meletakkan barangan perniagaan di atas kaki lima, manakala sebuah premis kedai makan dikenal pasti dikendalikan oleh warga asing tanpa kebenaran yang sah.
Sehubungan itu, empat tindakan sitaan telah dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk satu sitaan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Peruntukan Estetik Majlis Perbandaran Klang 2007 serta tiga sitaan mengikut UUK 21(1)(a) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007.
Iklan
MBDK dalam kenyataan di laman Facebook rasmi pada Jumaat memaklumkan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bandar raya Klang kekal teratur serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>