Malaysia pamer taring, Brunei korban pertama
Iklan
Aksi pemain pBrunei, Mohamad Noorazlan Rosli cuba menahan libasan Khairul Aman Mohd Rosdi dalam acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia Kuala Lumpur 2025 di Stadium Titiwangsa, pada Jumaat.
Piala Asia 2025: Malaysia libas Brunei, 3-0
MALAYSIA meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Brunei 3-0 dalam acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia Kuala Lumpur 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam aksi pertama Kumpulan B itu, regu pertama negara dibarisi Farhan Adam sebagai apit kiri, Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong), Muhammad Noraizat Mohd Nordin (apit kanan) menyumbang mata pertama negara selepas menang 15-5, 15-10.
Iklan
Iklan
Regu kedua negara iaitu Aidil Aiman Azwawi (apit kiri0, Muhammad Zulkifli Abd Razak (tekong) dan Khairul Aman Mohd Rosdi (apit kanan) menyumbang mata kedua dengan kemenangan 15-7, 15-8.
Trio Amirul Zazwan Amir (apit kiri), Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong), Muhammad Afifuddin Mohd Razali (apit kanan) melengkapkan kemenangan skuad negara dengan 15-5, 15-3.
Iklan
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Ahmad Jais Baharun mengakui masih belum berpuas hati dengan prestasi anak buahnya meskipun berjaya mengatasi Brunei.
"Saya berharap perlawanan kedua menentang Jepun malam ini kita dapat memperkemas prestasi pemain supaya dapat berikan persembahan lebih baik berbanding perlawanan pertama," katanya.
Iklan
Malaysia akan turun menentang Jepun pada Jumaat malam bagi memburu tiket awal ke separuh akhir.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>