Penat pecah rumah tukul sahaja dicuri

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan kejadian pecah rumah yang berlaku di Taman Perling.

JOHOR BAHRU – Hanya sebatang tukul dilaporkan hilang dalam kejadian pecah rumah di Taman Perling, di sini, minggu lalu meskipun beberapa video tular di media sosial menunjukkan suspek memanjat masuk ke beberapa buah rumah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun kira-kira jam 12.34 tengah hari pada 8 Mei lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika kejadian sekitar jam 3.11 pagi, mangsa berada di dalam rumah dan terdengar bunyi mencurigakan dari arah ruang tamu.

Tangkap layar video tular memaparkan kejadian pecah rumah yang berlaku di Taman Perling.

Iklan

"Mangsa yang dalam keadaan mengantuk tidak mengesyaki apa-apa. Bagaimanapun, sekitar jam 8.30 pagi, mangsa bersama rakan serumah mendapati ruang tamu dalam keadaan berselerak.

"Mereka mengesyaki rumah dimasuki pencuri selepas mendapati sebatang tukul hilang selain terdapat kerosakan pada tombol pintu. Nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM200,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Balveer berkata, siasatan mendapati video yang tular memaparkan seorang lelaki memanjat pagar dan menceroboh kawasan dua buah rumah.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.