KREDIT kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.5 peratus pada suku pertama 2025 berbanding 5.2 peratus bagi tempoh sama 2024 berikutan pertumbuhan mampan pinjaman terkumpul dan bon korporat lebih tinggi.
Ketika mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2025 hari ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata pinjaman perniagaan terkumpul berkembang sebanyak 4.8 peratus (suku keempat 2024: 5.1 peratus) dengan pertumbuhan lebih tinggi dalam pinjaman modal kerja.