Ramai daftar e-Kasih keliru syarat bantuan
Iklan
Nicole Tan Lee Koon (berbaju merah tengah) dengan kakitangan TNB di Mini Karnival Penerangan Bantuan Kerajaan di Taman Ampangan.
SEREMBAN – Ramai individu yang berdaftar di bawah Sistem e-Kasih di negeri ini didapati keliru dengan syarat kelayakan bantuan ditetapkan terutama bantuan rebat elektrik disediakan kerajaan berjumlah RM40.
Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, bukan semua yang berdaftar layak untuk menerima bantuan berkenaan meskipun mereka berdaftar di bawah e-Kasih.
Iklan
Iklan
"e-Kasih adalah satu pengkalan data yang disediakan bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
"Sesiapa sahaja boleh mendaftar tetapi selepas itu kita akan semak kelayakan mereka secara keseluruhan. Bagi kelayakan bantuan rebat elektrik pemohon perlulah berada bawah kategori berpendapatan rendah (B40) atau jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM24,000 setahun," katanya ketika ditemui selepas program Karnival Penerangan Bantuan Kerajaan di Taman Ampangan di sini hari ini.
Iklan
Menurutnya, bagi kumpulan berpendapatan pertengahan (M40) mereka layak untuk memohon Skim Perlindungan Nasional (mySalam) yang mana pendapatan isi rumah perlu kurang RM100,000 setahun.
Beliau berkata, pemohon wanita yang berstatus ibu tunggal yang mempunyai pendapatan tinggi juga tidak layak untuk menerima bantuan disediakan.
Iklan
"Jika pemohon memegang status ibu tunggal pun tidak bermakna dia layak jika pendapatan dia melebihi syarat ditetapkan. Kita dapati ada yang bekerja sebagai eksekutif pun daftar,” katanya.
Selain itu katanya, kurang jelas dengan definisi miskin dan miskin tegar juga dilihat menjadi faktor masyarakat keliru dengan syarat kelayakan bantuan.
Nicole berkata, kategori miskin ialah pendapatan ketua isi rumah (KIR) kurang daripada RM980 sebulan dan untuk miskin tegar pula mesti kurang daripada RM560 sebulan.
"Terlalu banyak kelayakan berlainan untuk bantuan yang berlainan. Jadi semua itu perlu dibuat semakan.
"Data e-Kasih di negeri ini sehingga 21 Ogos tahun lalu merekodkan KIR yang di kategori miskin tegar ialah (265) dan miskin (2,311). Manakala yang bukan kategori itu seramai 18,326,” katanya.
Dalam pada itu berkenaan dengan wabak koronavirus (Covid-19) pula, beliau menasihatkan masyarakat supaya mengambil langkah pencegahan awal.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.