Keluarga mangsa MH17 desak Rusia bertanggungjawab
Iklan
Noorlin sering mengunjungi pusara kakaknya, Noor Rahimah bagi mengubat kerinduan.
SHAH ALAM - Keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 mengharapkan agar kerajaan memastikan Rusia bertanggungjawab dalam insiden tragis itu.
Habibah Ismail, 75, ibu kepada Ketua Pramugari MH17, Azrina Yakob berkata, walaupun sudah 11 tahun berlalu, pengakhiran dan pembelaan terhadap mangsa masih belum ditegakkan.