Sambung cita-cita ibu jadi cikgu
Iklan
Raja Rosmawati (duduk, dua dari kanan) merakam gambar bersama keluarganya sempena Aidilfitri baru-baru ini.
KUALA TERENGGANU - Demi merealisasikan impian ibunya yang tidak kesampaian untuk menjadi seorang guru, seorang wanita berusaha keras sehingga berjaya melahirkan generasi pendidik dalam keluarga.
Guru Bahasa Inggeris, Raja Rosmawati Raja Omar, 54, berkata, minat dalam bidang pendidikan lahir daripada dorongan ibunya, Puteh Mamat, 75, yang tidak berpeluang menjadi pendidik suatu ketika dahulu.